Ikut-Mengikut

Sunday, June 12, 2011

MUTIARA KATA

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit,

dan 

rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Monday, June 6, 2011

TINGGAL SOLAT

1. Meninggalkan solat Subuh (most recently) ;D akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan 
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.


2. Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan 
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.


3. Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi 
kat dunia ni. Kita dengan dak Bush tuh sama saja.

4. Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan
Ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan!


5. Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindungan-Nya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

HIKMAH SUJUD

 Sujud dapat melegakan sistem pernafasan.
 
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. 

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu 
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika 
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 



Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang  perut(convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan  sebagainya.



Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran 
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang 
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Wednesday, May 25, 2011

SELESAI

ALHAMDULILLAH

.....

lega sudah ! tak sabor nak tunggu result pulak ;D

harapharap sumenye baek ! aminn ~


Tuesday, April 12, 2011

CONTRACTOR

belog is under constraction 


pertukaran kulit juge wajah belog juge link 

link exchange

http://bukukalerkaler.blospot.com

to 


belog kini menampilkan lebih kelelakian !




Monday, January 31, 2011

LAW 3

" When the journey going tough ,
only the tough can going . "
                      
                        -afiq's 3rd law-

Tuesday, January 25, 2011

LAW 2

" Fikiran ibarat payung terjun , berfungsi apabila dibuka . "
                                                    
                                                    afiq's 2nd law ;DD